HEADLINES

Polis bagi amaran ‘jangan cetus gangguan’ semasa sidang kemuncak Asean

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada menggunakan laluan yang terlibat supaya tidak terperangkap dalam kesesakan

2:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang demonstrasi atau perhimpunan yang mengganggu laluan atau perjalanan ketika Sidang Kemuncak Asean ke-47 pada 26-28 Oktober ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihak polis telah menerima maklumat kemungkinan penganjuran acara atau perhimpunan tertentu yang dirancang semasa acara berkenaan.

Polis, katanya, sedang berurusan dengan pihak penganjur bagi memastikan ia tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Kita sudah menerima awal maklumat-maklumat tentang akan ada acara seperti ini namun kita akan menguruskannya dengan baik.

“Jika ingin terlibat dalam sebarang acara, rujuk kepada arahan keselamatan seperti yang telah dijelaskan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada menggunakan laluan yang terlibat atau menggunakan pengangkutan awam selain merancang perjalanan supaya tidak terperangkap dalam kesesakan.

“Patuhi arahan pegawai dan anggota polis trafik,” katanya.

Sidang Kemuncak Asean ke-47 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Oktober, dengan penyertaan kesemua 10 pemimpin Asean, selain rakan dialog dan tetamu dari Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.

Lebih 10,000 anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Cawangan Khas serta Unit Tindakan Khas (UTK) telah dikerahkan di bawah Op Asean 47 menjelang sidang kemuncak tersebut.

Sebanyak 17 hotel di sekitar Kuala Lumpur turut dijadikan tempat penginapan delegasi luar negara termasuk pemimpin dan pegawai kanan Asean manakala beberapa laluan utama di kawasan segi tiga emas seperti KLCC dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan ditutup secara berperingkat. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Football for All? Not at this World Cup – T. Vignesh

The 2026 Fifa World Cup was supposed to be football's biggest celebration yet

[WATCH] Sabah’s progress held back by federal influence and weak local unity: Junz Wong

Warisan leader argues state’s resource wealth has not translated into progress, pointing to political fragmentation and comparisons with Sarawak’s stronger cohesion

Police rescue teenagers forced into online sex scam syndicate in Johor

Two minors and one man were rescued in Op Bugil as police uncover abuse, forced labour and extortion by syndicate active since November

Related