◉ HEADLINES

Dua lagi Ketua Bahagian Bersatu bakal dipanggil Lembaga Disiplin parti

Mohd Shukor didakwa merancang gangguan semasa PAT manakala Abdul Razak didakwa mengeluarkan ugutan serta kenyataan menyinggung perasaan Ketua Penerangan Bersatu

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua lagi pemimpin Bersatu iaitu Ketua Penerangan Bersatu Selangor, Mohd Shukor Mustaffa dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Abdul Razak Khamis dijangka dipanggil bagi menghadiri prosiding di hadapan Lembaga Disiplin parti berkenaan.

Sumber dalaman memberitahu, Mohd Shukor yang Ketua Bahagian Bersatu Puchong itu didakwa merancang gangguan semasa Persidangan Agung Tahunan (PAT) parti berkenaan.

Manakala Abdul Razak yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Pendang didakwa mengeluarkan ugutan serta kenyataan yang menyinggung perasaan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia melalui aplikasi media sosial.

Menurutnya, prosiding Lembaga Disiplin itu dijadualkan esok namun telah ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

“Penangguhan ini dibuat bagi membolehkan semakan semula pertuduhan, pengumpulan bahan bukti tambahan, serta memberi laluan kepada penganjuran Sidang Kemuncak Asean,’’ katanya.

Pada 14 Oktober lalu, Bersatu telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang didakwa melanggar perlembagaan dan kod etika parti.

Manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung hak keahlian bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi.

Sementara Wan Saiful, ketika menyertai Podcast Trick Lama Big Boom Media menyifatkan tindakan yang diambil ke atas mereka berdua sebagai ‘zalim’ dan mendakwa ia dikendalikan oleh panel yang berat sebelah.

Menurut Wan Saiful, soalan-soalan panel tidak tertumpu kepada salah laku yang didakwa dilakukannya sebaliknya cuba membongkar konspirasi yang kononnya lebih besar, termasuk persoalan siapa dalang di sebalik semua itu dan apakah peranan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. – 23 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related