HEADLINES

Muhyiddin ‘tidak layak’ jadi calon Perdana Menteri: Wan Fayhsal dan Wan saiful

Kedua-duanya mendakwa Muhyiddin gagal memimpin dan melemahkan usaha pembangkang memenangi PRU, justeru menyeru supaya muka baharu diberi peluang memimpin Perikatan Nasional

7:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘tidak lagi layak dan sesuai’ untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Pandangan itu disuarakan dua Ahli Parlimen Bersatu iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung parti dan Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang dipecat dari parti berkenaan, dalam apa yang disifatkan sebagai serangan luar biasa terhadap kepimpinan parti Bersatu.

Kedua-duanya mendakwa Muhyiddin membuat keputusan yang lemah, mengamalkan pilih kasih terhadap sesetengah pemimpin dan sengaja melemahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sehingga menyebabkan Perikatan Nasional (PN) menjadi lemah.

Kritikan keras itu dibuat dalam podcast Trick Lama pada Selasa, yang dikendalikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Big Boom Media, Datuk Ahirudin Attan (lebih dikenali sebagai Rocky Bru), dan Ketua Pengarang Scoop, Terence Fernandez.

“Saya minta maaf, saya sayang Tan Sri Muhyiddin, beliau yang membawa saya ke dunia politik, tetapi beliau tidak lagi layak dan sesuai untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya,” tegas Wan Fayhsal, yang juga Ahli Parlimen Machang.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ketika menjadi tetamu podcast Trick Lama, baru-baru ini. – Gambar Scoop, 23 Oktober, 2025

Menurutnya, parti dan gabungan PN memerlukan “wajah baharu” serta perubahan kepimpinan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, dengan memberi isyarat Muhyiddin kini menjadi liabiliti politik.

Wan Fayhsal mendedahkan penilaian ini turut dikongsi oleh sekutu utama PN iaitu PAS, di mana presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dua kali membuat kenyataan berselindung dengan menyatakan keutamaan kepada pemimpin berusia bawah 70 tahun dan bebas daripada kes mahkamah.

“Peluang tidak memihak kepadanya,” kata Wan Fayhsal, merujuk kepada isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan pencalonan Muhyiddin.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata sabotaj dalaman adalah sebab utama PN gagal berfungsi dengan berkesan sebagai pembangkang dalam memantau kerajaan. – Gambar Scoop, 23 November, 2025

Senada dengan beliau ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful yang menegaskan momentum Bersatu hanya meningkat apabila Hamzah memainkan peranan yang lebih menonjol, berbeza dengan tempoh ketika pembangkang dianggap lemah di bawah kepimpinan keseluruhan Muhyiddin.

“Ketika orang berkata Perikatan Nasional lemah, yang memimpin waktu itu ialah Tan Sri Muhyiddin,” kata Wan Saiful.

“Tetapi apabila Datuk Seri Hamzah tampil ke hadapan dan mula menyusun gerakan kami di dewan rakyat… momentum meningkat. Tiba-tiba semangat (Muhyiddin) kembali, katanya ‘saya mahu jadi Perdana Menteri lagi’.”

Perbincangan itu menggambarkan pergolakan dalaman yang serius, yang digambarkan oleh Wan Fayhsal sebagai “pertarungan dua singa di gunung yang sama.”

Beliau mendakwa kuasa Hamzah sebagai ketua pembangkang sedang disabotaj secara sistematik oleh kelompok dalaman Muhyiddin.

“Setiap kali Ketua Pembangkang cuba bertegas, berdepan dengan Anwar (Ibrahim) secara langsung, beliau diingatkan oleh orang kanan Presiden: ‘anda bukan Ketua Perikatan Nasional, anda hanya Ketua Pembangkang di Parlimen’,” kata Wan Fayhsal.

Menurut mereka, sabotaj dalaman ini adalah sebab utama PN gagal berfungsi dengan berkesan sebagai pembangkang dalam memantau kerajaan.

Wan Fayhsal dan Wan Saiful, bersama empat lagi ketua bahagian, baru-baru ini digantung atau dipecat atas alasan salah laku disiplin oleh parti. namun mereka berpendapat tindakan itu sebenarnya hukuman kerana usaha mereka untuk memulihkan dan mengembalikan prinsip asal parti.

“Ini bukan soal peribadi,” tegas Wan Saiful.

“Kita tidak boleh menafikan jasa Tan Sri Muhyiddin kepada parti dan negara. tetapi yang kita bincangkan ialah bagaimana untuk melangkah ke hadapan.” – 23 oktober 2025

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related