HEADLINES

‘Terlalu awal buat spekulasi Wan Fayhsal sertai PAS, beliau digantung bukan pecat’ : Mohd Amar

Mohd Amar berkata Wah Fayhsal boleh kembali ke pangkuan parti selepas penggantungan selama sepenggal yang dikenakan ke atasnya berakhir

12:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akan menyertai PAS memandangkan beliau digantung, bukannya dipecat, kata Naib Presiden parti berkenaan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, Wah Fayhsal boleh kembali ke pangkuan parti selepas penggantungan selama sepenggal yang dikenakan ke atasnya berakhir.

Mohd Amar memberitahu, isu tersebut sama sekali tidak berbangkit dan Wan Fayhsal tidak memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

“Penggantungan itu mempunyai tempoh dan Ahli Parlimen Machang boleh kembali semua ke pangkuan parti selepas ia tamat,” katanya, lapor Sinar Harian.

PAS juga, kata Mohd Amar, tidak mahu mencampuri urusan parti lain dan berharap masalah dalaman Bersatu diselesaikan dengan baik bagi memastikan parti itu berada dalam keadaan harmoni. 

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bersatu iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung parti dan Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang dipecat dari parti berkenaan melakukan ‘serangan terbuka’ ke atas presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disifatkan tidak layak dan sesuai untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Menerusi program Podcast Trick Lama pada Selasa, Wan Fayhsal dengan lantang berkata Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) memerlukan “wajah baharu” serta perubahan kepimpinan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, dengan memberi isyarat Muhyiddin kini menjadi liabiliti politik.

Wan Fayhsal mendedahkan penilaian ini turut dikongsi oleh sekutu utama PN iaitu PAS, di mana presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dua kali membuat kenyataan berselindung dengan menyatakan keutamaan kepada pemimpin berusia bawah 70 tahun dan bebas daripada kes mahkamah. 

Pada 14 Oktober lalu, Lembaga Disiplin Bersatu telah memecat keahlian Wan Saiful manakala Wan Fayhsal digantung selama enam bulan kerana didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti, yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan parti. 

Berikutan hukuman yang diterima itu, Wan Fayhsal menyatakan beliau tidak menolak dan terbuka dengan cadangan menyertai PAS demi memperkukuh gabungan pembangkang di peringkat akar umbi. 

Wan Fayhsal dikatakan antara segelintir ahli politik yang memahami denyut nadi masyarakat luar bandar dan bandar, mampu menangani keresahan pengundi luar bandar sambil berinteraksi dengan aspirasi anak muda kota, iaitu sesuatu yang diperlukan oleh PAS. – 25 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related