HEADLINES

Malaysia ‘negara hebat, sangat bertenaga’, komen Trump dalam Truth Social

Presiden AS itu berkata lebih penting lagi beliau menyaksikan sendiri pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja semalam

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan Malaysia sebagai ‘negara yang hebat, sangat bertenaga’ sebaik menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Dalam catatan di Truth Social ketika dalam penerbangan ke Jepun hari ini, Trump berkata AS menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi penting dengan Malaysia, selaku penganjur persidangan berkenaan. 

Tambahnya, apa yang lebih penting adalah peluang untuk menyaksikan sendiri pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja semalam (Ahad).

“TIADA PERANG! Berjuta-juta nyawa diselamatkan. 

“Suatu penghormatan untuk saya melakukannya. Sekarang, ke Jepun!!!,” demikian catatan ringkas Presiden negara ekonomi terbesar dunia itu.

Semalam, Trump tiba di Malaysia sekitar jam 10 pagi untuk menghadiri sidang kemuncak berkenaan dan berlepas pada jam 10.06 pagi hari ini, sekali gus menamatkan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia dan penyertaan pertamanya dalam sidang kemuncak pemimpin ASEAN sejak dipilih sebagai Presiden buat kali kedua Januari lalu.

Pada Ahad, Trump bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan pemeteraian perjanjian damai bersejarah digelar Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL) antara Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.

Beliau turut menandatangani perjanjian perdagangan dengan Thailand dan Kemboja semalam.

Dalam jadual padatnya semalam, Trump sempat mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar, menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Mineral Penting antara Malaysia dan AS.

Pemimpin AS itu juga menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 semalam.

Trump merupakan presiden Amerika ketiga melawat Malaysia, selepas Lyndon B. Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015. – 27 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related