◉ HEADLINES

Saifuddin Abdullah, Mohd Shukri digugur sebagai Pengerusi PN Pahang, Perlis

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan di sini, malam tadi

10:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli masing-masing digugurkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang dan Perlis.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Jawatan pengerusi bagi kedua-dua negeri itu kini disandang oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN Pahang), manakala Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN Perlis).

Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini, diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MPTN) yang bersidang malam tadi, dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN.

Bagi jawatan Pengerusi Johor, ia disandang oleh Datuk Dr Sahruddin Jamal; Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah); Datuk Ahmad Yakob (Kelantan); Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Melaka) dan Mohamed Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan).

Selain itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perak); Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai (Pulau Pinang); Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Sabah); Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak); Mohamed Azmin (Selangor); Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin (Wilayah Persekutuan).

Selain pelantikan Pengerusi PN negeri, Azmin berkata, mesyuarat malam ini turut membincangkan beberapa perkara penting termasuk berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, MTPN sebulat suara bersetuju PN akan mengambil bahagian aktif dalam PRN Sabah. – 28 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

◉ Related