HEADLINES

ASEAN, China perkukuh perdagangan melalui perjanjian ACFTA 3.0

Protokol ACFTA 3.0 yang dipertingkatkan memperluas kerjasama ke bidang baharu termasuk ekonomi digital dan hijau, ketahanan rantaian bekalan, persaingan dan perlindungan pengguna, serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana

11:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ASEAN dan China hari ini menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) yang dipertingkatkan, menandakan fasa baharu dalam hubungan perdagangan dua hala antara blok serantau itu dan ekonomi terbesar dunia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz serta Menteri Perdagangan China Wang Wentao menandatangani Protokol Naik Taraf ACFTA 3.0.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang.

Upacara berkenaan diadakan pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Majlis hari ini menandakan pencapaian penting dalam kerjasama ekonomi ASEAN-China, berasaskan lebih dua dekad hubungan kukuh dan saling menguntungkan di bawah ACFTA.

ACFTA merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama yang dimeterai antara ASEAN dan rakan luarnya, iaitu China.

Perjanjian asal yang ditandatangani semasa Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-6 pada November 2002 dan penubuhan penuh FTA ASEAN-China pada Januari 2010 telah menyediakan asas yang kukuh untuk meningkatkan hubungan ekonomi ASEAN-China.

Sementara itu, Protokol ACFTA 3.0 yang dipertingkatkan memperluas kerjasama ke bidang baharu termasuk ekonomi digital dan hijau, ketahanan rantaian bekalan, persaingan dan perlindungan pengguna, serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana. – 28 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

National Unity Ministry sec-gen lodges police report over graft allegations

Viral posting claims Datuk Azman Mohd Yusof orchestrated price markups, received kickbacks

No smoke from fires crossing into neighbouring nations, Indonesia reiterates

Indonesia has doubled down on its assertions that none of its smoke haze arising from forest and land fires has reached its neighbouring countries.

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Related