HEADLINES

Misai masih belum ditemui, Shell Beseri minta kucing dikembalikan untuk rawatan FIP

Misai tidak pernah dikurung dan disukai oleh orang ramai terutama pelanggan stesen minyak berkenaan

2:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Misai’ kucing yang menyerikan stesen minyak Shell Beseri di Kangar, Perlis, masih belum ditemui, selepas hilang beberapa hari lepas.

Dalam kenyataan yang dikongsikan di media sosial stesen tersebut, kucing berkenaan yang berwarna hitam dan putih difahamkan masih menerima rawatan bagi penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP).

FIP merupakan penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing dan ia disebabkan oleh jangkitan coronavirus.

Menurut stesen tersebut, Misai tidak pernah dikurung dan disukai oleh orang ramai terutama pelanggan stesen minyak berkenaan.

“Sebab tu kami tak pernah kurung dia walaupun dia sakit, demam, selesema sebab regular customer akan datang stesen, suka belai dia, main dengan dia, harapannya dia tak depress asyik duduk dlm kedai saja.

“Musim hujan di tempat kami, sebab tu misai duduk di luar, dia tak pakai baju, tak pakai collar. Penduduk area sini, memang tau, kucing ni, kami bela di stesen minyak,’’ katanya.

Pihak stesen juga akan membuat laporan polis sekiranya Misai masih belum dipulangkan.

Sementara itu, dalam ruangan komen, orang ramai melahirkan simpati dan meminta pihak yang mengambil Misai supaya memulangkan kepada pemiliknya.

Menurut mereka, apa yang berlaku kepada Misai amat menyedihkan apatah lagi ketika kucing tersebut masih menerima rawatan.

“Saya rasa better buat report memandangkan kena fikir keadaan misai tengah treat FIP..setahu saya kucing yang tengah on rawatan FIP, tak boleh missed ubat even sehari..kalau misai dah hilang sehari, risau keadaan dia tu tengah fip, kata Ash.

Apa pun ramai yang mendoakan supaya Misai dikembalikan semula kepada stesen minyak tersebut. – 29 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related