HEADLINES

SPRM sedia siasat projek Aerotrain KLIA jika wujud unsur rasuah

Setakat ini SPRM tidak menerima sebarang aduan atau maklumat berhubung salah laku atau rasuah

4:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan ke atas projek Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang sebelum ini mengalami beberapa gangguan, jika ada petunjuk berlakunya salah guna kuasa atau rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum membuka kertas siasatan terhadap projek yang bernilai ratusan juta itu.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan atau maklumat berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Principals ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) Ke-2, hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sejak beroperasi semula pada 1 Julai lalu, Aerotrain beberapa kali mengalami gangguan perkhidmatan dengan insiden terbaharu berlaku awal pagi Selasa.

Sementara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan semalam berkata, masalah pada sistem bekalan kuasa dikenal pasti menjadi punca gangguan terbaharu terhadap perkhidmatan Aerotrain di KLIA itu.

Menurut MAHB, gangguan itu berpunca daripada masalah pada sistem bekalan kuasa di bawah tanggungjawab kontraktor IJM-PESTEC Joint Venture (IPJV), yang turut menyebabkan gangguan sama pada 15 Oktober lepas.

MAHB berkata, Alstom selaku peneraju projek Aerotrain bersama IPJV dijangka mengemukakan laporan terperinci dan penjelasan berhubung dua insiden berkenaan.

“Malaysia Airports terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan,” kata MAHB.

Walaupun berlaku gangguan, MAHB memberi jaminan operasi di KLIA kekal lancar sepanjang tempoh kritikal ini dengan merekodkan pergerakan 530,000 penumpang dan 3,400 penerbangan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan.

Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM sentiasa memantau sebarang projek besar kerajaan dan akan bertindak sekiranya wujud bukti yang menunjukkan berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa.

“Sekiranya ada maklumat atau aduan yang kukuh, kita tidak akan teragak-agak untuk membuka kertas siasatan,” katanya. – 29 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

“This decision clears my name after six years of slander – Hannah Yeoh after appeal court victory

Federal Territories Minister Hannah Yeoh says the Court of Appeal ruling in her favour is a vindication of truth, not a pursuit of money, after years of reputational damage caused by false allegations

A dive into Mirzan Mahathir’s diverse ventures amid MACC scrutiny

A Wharton School graduate, the 65-year-old is now the star of investigations into his business empire after his name cropped up in the leaked Panama Papers, published by the International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) in 2016. 

Related