HEADLINES

KJ dijangka sertai semula Umno

Sumber memaklumkan setakat ini Umno belum menerima sebarang surat permohonan daripada Khairy untuk menyertai semula parti

10:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dikatakan bakal menyertai semula Umno sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan depan.

Menurut sumber kepada BH, mantan bekas Ahli Parlimen Rembau itu yang kini aktif sebagai penyampai radio Hot FM sudah mendapat ‘restu’ pimpinan tertinggi Umno khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan isyarat ‘restu’ itu disampaikan sendiri Timbalan Perdana Menteri kepada Khairy atau KJ ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu.

“Pada pertemuan itu Zahid sendiri memaklumkan supaya Khairy menghantar borang keahliannya untuk kembali menjadi ahli Umno.

“Khairy dijangka membantu kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Sabah nanti. Ini memandangkan sebahagian calon yang bakal ditampilkan parti nanti adalah seusia dan rakan-rakan politiknya,” katanya.

Menurut sumber itu, Khairy juga dikatakan sudah dipertimbangkan untuk dinamakan sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi mewakili kawasan Parlimen Kepala Batas.

“Parlimen itu adalah kawasan tradisi bapa mentuanya, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber parti yang dihubungi memaklumkan, setakat hari ini, Umno belum menerima sebarang surat permohonan daripada Khairy untuk menyertai semula parti.

Penyertaan semula Khairy ke dalam UMNO dijangka memberi momentum baharu kepada hala tuju parti itu yang kini berusaha menambat kembali sokongan orang Melayu, khususnya anak-anak muda.

Pada Januari 2023, Khairy dipecat dari Umno kerana lantang mengkritik kepimpinan tertinggi parti sepanjang kempen PRU ke-15.

Sejak itu, beliau berulang kali menegaskan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti oleh kerana kesetiaannya kepada Umno. – 30 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related