HEADLINES

[Kemas Kini] Tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar awal pagi tadi

Ia dipercayai melibatkan kawasan makanan dan minuman mewah yang terletak di bangunan berkenaan

8:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar awal pagi tadi, dipercayai melibatkan kawasan makanan dan minuman mewah yang terletak di bangunan berkenaan.

Memetik laporan Astro Awani, insiden tersebut dirakam hos rancangan The Economy with Ibrahim Sani, yang kebetulan menyaksikan kejadian itu dari kediamannya yang terletak berhampiran.

Dalam rakaman yang dikongsikan, api kelihatan marak dengan kepulan asap hitam sebelum berjaya dipadamkan.

Malah pemilik akaun Instagram @k1runs turut berkongsi beberapa gambar ketika api sedang marak awal pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafizan Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.41 pagi.

“Kebakaran melibatkan 30 peratus kawasan sebuah restoran mewah di tingkat 57 bangunan berkenaan.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 7.04 pagi dan dipadamkan pada 8.45 pagi. Tiada mangsa terlibat dan kerja penyiasatan sedang dijalankan,” katanya.

Mohd Hafizan berkata operasi dijalankan pasukan BBP Tun Razak dan Hang Tuah melibatkan 35 pegawai dan anggota.

Menurutnya, anggota ke lokasi kebakaran dengan lif bomba manakala operasi pemadaman menggunakan sistem penaik basah.

“Cabaran operasi ialah kebakaran di tempat tinggi (dengan) kita menggunakan sistem keselamatan di bangunan itu. 

“Kita terpaksa tutup kawasan ketika operasi untuk mengelakkan bahaya namun telah dibuka sekarang dan diserahkan untuk penyiasatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dalam kenyataan mengesahkan kebakaran berlaku pada 6.43 pagi tadi. 

“Pasukan Tindak Balas Kecemasan KLCC segera memaklumkan kejadian kepada bomba. Tiada kecederaan dilaporkan,” menurut kenyataan itu. – 1 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related