◉ HEADLINES

Rakyat Malaysia parah ditembak di Sungai Golok

Kejadian dipercayai berpunca akibat pertikaian mengenai masalah hutang

8:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia cedera parah dalam satu insiden tembakan di sebuah rumah di kawasan Suhang, Golok, Thailand, petang semalam.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 6.40 petang waktu Thailand.

Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa yang berusia 33 tahun dengan suspek sebelum mangsa ditembak.

Mangsa, yang dipercayai berasal dari Pasir Mas, kini menerima rawatan di Hospital Suhang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut jurucakap polis Thailand, kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian mengenai masalah hutang antara mangsa dan suspek.

“Suspek dan mangsa dipercayai bertengkar sebelum kejadian tembakan berlaku. Polis turut merampas sepucuk pistol 9mm yang digunakan suspek,” katanya.

Polis Thailand kini giat memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian tersebut. – 2 November 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related