◉ HEADLINES

Budi95, kejayaan Kepengerusian ASEAN tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini

9:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemajuan pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (Budi95) dan kejayaan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 antara perkara dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) bertanyakan Perdana Menteri mengenai kemajuan bulan pertama pelaksanaan program penyasaran subsidi RON95 pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus mesyuarat bermula pada 10 pagi.

Beliau juga ingin tahu tindakan diambil kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit terutama membabitkan golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-panggilan dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah BUDI95.

Pada sesi sama, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) meminta Perdana Menteri menyatakan kejayaan dan faedah yang diperoleh negara sebagai pengerusi ASEAN 2025 serta hasil diperoleh Malaysia daripada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) (AELM) yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Korea Selatan baru-baru ini.

Turut menarik perhatian, soalan Wong Chen (PH-Subang) sama ada Kementerian Luar bercadang mengadakan mesyuarat berkenaan pengumpulan dana bagi pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh dengan negara anggota ASEAN yang lain memandangkan warga Rohingya juga rakyat ASEAN, pada sesi soal jawab lisan.

Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar oleh kementerian berkaitan. 

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini. – 4 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

◉ Related