HEADLINES

Keracunan makanan di taman tema terkenal, lebih 800 kakitangan awam terjejas

Sebulan berlalu, Jabatan Kesihatan Selangor dikritik hebat kerana tidak menutup sepenuhnya kemudahan itu atau mendedahkan hasil siasatan

1:29 PM MYT

 

PETALING JAYA – Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) masih belum mendedahkan hasil siasatan kes keracunan makanan di sebuah taman tema popular yang menjejaskan lebih 800 kakitangan dan ahli keluarga agensi kerajaan ketika menghadiri hari keluarga bulan lalu.

Walaupun jabatan tersebut telah mengarahkan penutupan dapur di kemudahan berkenaan selama dua minggu, ia (taman teman) masih dibenar beroperasi.

Tindakan terus membenarkan taman tema tersebut beroperasi menyebabkan jabatan itu dikritik hebat.

Malah, jabatan tersebut masih belum membuat kesimpulan sama ada punca orang ramai jatuh sakit adalah disebabkan oleh makanan atau air kolam ketika berenang dan bermain; atau kedua-duanya sekali.

Menurut sumber, sebilangan besar peserta pada acara yang berlangsung pada 4 Oktober itu mula mengalami simptom keracunan makanan, termasuk muntah, cirit-birit, kejang perut dan dehidrasi dalam tempoh sejam selepas mengambil makanan yang dihidangkan pada majlis itu.

Beberapa individu telah mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami dehidrasi teruk dan cirit-birit. Ini termasuk kanak-kanak, individu berkeperluan khas dan warga emas.

Punca pencemaran masih belum disahkan, tetapi sumber memberitahu Scoop bahawa Jabatan Kesihatan Negeri telah mengecilkan punca kepada beberapa bahan yang dihidangkan semasa makan tengah hari.

Menurut sumber, protokol yang betul adalah dengan menutup taman tema tersebut bagi memastikan air di kolam dan kawasan permainan tidak tercemar.

Difahamkan dapur kemudahan tersebut telah diarah tutup dari 7 Oktober hingga 21 Oktober untuk kerja-kerja pembersihan bagi mengelakkan penyebaran sebarang pencemaran.

“Sampel daripada makanan yang disediakan penyedia makanan taman tersebut telah dikumpul untuk ujian, dan pengendali makanan yang terlibat dalam acara itu juga telah disoal siasat tetapi tiada sampel air diambil,” kata satu sumber.

Sementara itu, difahamkan agensi tersebut sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik dan pengurusan taman tema tersebut.

Dalam pada itu, tiada sebarang usaha signifikan daripada pihak pengurusan taman tema untuk menghubungi agensi tersebut atau menawarkan sebarang bentuk pampasan atau bantuan perubatan meskipun hakikatnya syarikat pemilik taman tema itu turut mempunyai sebuah hospital.

Difahamkan juga, terdapat laporan insiden keracunan makanan di hotel dan pusat beli-belah yang dikaitkan dengan taman tema tersebut sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun, kes-kes tersebut adalah insiden terpencil dan tidak berskala besar seperti kejadian pada 4 Oktober lalu. — 5 November 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related