◉ HEADLINES

KPM bakal perkenal kaedah ‘co-teaching’, dua guru dalam satu kelas pada 2027

Menteri Pendidikan berkata ia akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan, serta memastikan setiap pelajar menerima perhatian yang mencukupi

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah ‘co-teaching’ (pengajaran bersama) dalam kurikulum sekolah 2027, di mana dua guru mengendalikan sesi pengajaran bersama di dalam satu kelas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pendekatan ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan, serta memastikan setiap pelajar menerima perhatian yang mencukupi.

“Dalam kaedah ‘co-teaching’, dua guru bekerjasama dalam satu kelas, ia bukannya seorang guru dibantu pembantu pengajar, tetapi gabungan dua tenaga pengajar setara yang memainkan peranan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

“Kita yakin kaedah ‘co-teaching’ membabitkan interaksi aktif dalam kelas ini dilihat sebagai jalan terbaik untuk memastikan setiap pelajar mendapat perhatian sewajarnya, sekali gus dapat mengatasi masalah keciciran pembelajaran,” katanya lapor BH.

Fadhlina berkata kementeriannya sudah mula menyediakan guru-guru untuk pendekatan baharu itu melalui program pembangunan profesional dan latihan.

“Sesi penataran untuk sesi 2026 sudah bermula tahun ini, maknanya kita akan bersedia untuk sesi persekolahan pada 2027.

“Malah guru juga sudah bersedia dengan sesi pembelajaran bersepadu ini kerana ia bakal menjadi pengalaman baharu untuk mereka,” katanya.

Pembaharuan dalam kurikulum sekolah bermula sesi 2027 itu dibuat tanpa membabitkan perubahan terhadap teras pendidikan negara, sebaliknya hanya mengubah pendekatan supaya seiring perkembangan zaman dengan tumpuan terhadap kemahiran dan pembelajaran bersepadu. – 5 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

◉ Related