HEADLINES

Tanam ganja dalam kondo di Bangsar, pasangan kekasih ditahan

PDRM berkata pokok itu mula ditanam sejak tujuh minggu lalu dengan mempelajari dari YouTube

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan sepasang kekasih yang didapati menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Bangsar, di sini, selepas mempelajarinya dari YouTube.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Hoo Chang Hook berkata, dalam serbuan pada jam 11.30 malam tadi, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan pasangan terbabit yang masing-masing berusia 40 dan 48 tahun.

Beliau berkata, polis turut merampas dua pokok ganja setinggi 48 sentimeter (sm) dan tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 27 gram dengan nilai keseluruhan dadah dirampas RM1,210.

“Lelaki terbabit menyewa rumah itu hampir setahun bersama teman wanitanya di mana pokok itu mula ditanam sejak tujuh minggu lalu dengan mempelajari dari YouTube.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit, empat utas rantai leher, seutas rantai kaki, seutas gelang tangan, dua cincin, dan empat loket,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH.

Beliau memaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan penganggur. Suspek lelaki mempunyai satu rekod berkaitan dadah dan didapati positif dalam ujian saringan air kencing, manakala suspek wanita pula didapati negatif.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya. – 7 November, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related