HEADLINES

Rombakan kabinet: Hormati prerogatif PM, tiada hasrat cadang ahli Amanah – Mat Sabu

Mat Sabu turut mengesahkan tiada perbincangan dilakukan dengan Perdana Menteri berhubung perkara itu

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu, menghormati prerogatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan menyusun Kabinet kerajaan susulan ura-ura rombakan bakal dilaksanakan. 

‎‎Beliau berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk menamakan mana-mana ahli parlimennya untuk diketengahkan sebaliknya menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. 

‎‎”Kabinet ini adalah hak Perdana Menteri yang kita panggil prerogatif, beliau boleh ambil orang politik, orang profesional atau orang dalam parti, atau luar parti, itu terserah kepada Perdana Menteri.

‎‎“Untuk Amanah, kita terima sahaja keputusan yang dibuat kerana yang penting kita kena jaga serta kuatkan pasukan untuk hadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini hari ini berkata setakat ini tiada perbincangan dilakukan dengan Perdana Menteri berhubung perkara itu. ‎‎

‎‎Spekulasi mengenai rombakan Kabinet kembali bertiup kencang susulan beberapa menteri dan timbalan menteri berstatus Senator dijangka menamatkan penggal perkhidmatan mereka pada awal bulan hadapan. 

‎‎Mereka yang bakal tamat penggal perkhidmatan termasuk Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. 

Semalam, Anwar ketika ditemui media selepas majlis penutup Festival Idea Putrajaya (FOI), sempat berseloroh meminta mereka mengemukakan cadangan barisan Kabinet baharu.

‎‎‎”Tolong bagi cadangan kalau ada … kat saya tak apa,” katanya. – 8 November, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related