HEADLINES

Waytha Moorthy mohon maaf kepada Anwar, akui kesilapan

Waytha Moorthy berkata setelah menyemak semula rekod rasmi kehakiman, beliau mendapati Tengku Maimun tidak pernah terlibat sebagai panel hakim dalam mana-mana kes rayuan Anwar

6:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan tidak benar yang dibuatnya dalam satu majlis bersama media dan penulis blog semalam.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Waytha Moorthy berkata beliau tersilap apabila menyatakan Perdana Menteri tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Sambil mengakui bahawa kenyataan tersebut tidak benar, Waytha Moorthy berkata ia berpunca daripada satu kesilapan jujur di pihaknya.

“Dalam ucapan saya pada malam tersebut, saya telah tersilap menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan Tengku Maimun kerana beliau pernah membuat keputusan terhadap Datuk Seri Anwar dalam kes rayuan di Mahkamah Rayuan, berdasarkan maklumat yang telah disampaikan kepada saya sebelum ini.

“Setelah saya menyemak semula rekod rasmi kehakiman pagi tadi, saya mendapati bahawa Tengku Maimun tidak pernah terlibat sebagai panel hakim dalam mana-mana kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim,’’ katanya.

Justeru, beliau memohon maaf kepada mereka yang hadir dan mendengar ucapan malam tadi secara langsung mahupun melalui rakaman atau siaran penstriman.

“Saya berharap agar mereka yang telah merakam atau menyiarkan kenyataan tersebut dapat memadam atau menarik balik bahagian berkenaan bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

“Sekali lagi, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, serta mana-mana pihak yang mungkin terkesan dengan kenyataan tersebut,’’ katanya. – 8 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related