HEADLINES

Johari tepis spekulasi rombakan Kabinet, tiada taklimat rasmi

Johari berkata tiada sebarang perbincangan atau taklimat rasmi berkaitan perkara tersebut diadakan dalam mesyuarat Kabinet

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menjelaskan tiada mesyuarat Kabinet dijadualkan pada Selasa, ketika spekulasi mengenai kemungkinan berlaku rombakan Kabinet semakin bertiup kencang.

Menurut Johari, tiada sebarang perbincangan atau taklimat rasmi berkaitan perkara tersebut diadakan dalam mesyuarat Kabinet.

“Saya rasa tak ada lah. Mana ada? Reshuffle (rombakan) semua. Kuasa melantik (menteri) kuasa prerogatif Perdana Menteri. Dia mempunyai kuasa mutlak untuk buat apa-apa

“Kalau mesyuarat, tak ada. Dia tak bincang pasal tu. Kalau dia betul, taklimat. Saya tak rasa begitu. Tapi pasal ni tak ada lagilah tau. Tak ada apa-apa reshuffle setakat ini,” katanya, mengikut laporan media.

Beliau berkata demikian selepas selepas merasmikan Expo Perkayuan 2025 di sini hari ini.

Semalam, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan taklimat bersama Jemaah Menteri Selasa ini antaranya bagi membincangkan tentang rombakan Kabinet yang dijangka dilaksanakan.

Menurut Mohamad Sabu, pada sesi berkenaan Perdana Menteri dijangka memberikan penerangan berkaitan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang diumum pada Sabtu.

‎‎”Saya dengar melalui berita (peletakan jawatan Ewon), tetapi Selasa ini ada mesyuarat Kabinet dan kita akan dengar penerangan daripada Perdana Menteri.

‎‎”Kita juga akan bincang pada Selasa nanti (rombakan Kabinet), jadi saya tak mahu komen apa-apa lagi mengenai hal itu,” katanya.

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet bertiup kencang selepas Ewon, yang memegang jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Malah baru-baru ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir seolah-olah memberi bayangan mengenai rombakan Kabinet apabila berkata sama ada beliau masih menjadi menteri Kabinet atau tidak bukanlah persoalan utama kerana yang lebih penting adalah meneruskan agenda negara.

Ia berikutan tempoh pelantikan beliau sebagai Senator dijangka berakhir pada awal Disember ini.

Bagaimanapun Zambry kemudiannya memberitahu kenyataannya itu merupakan gurauan semara-mata yang dibuat semasa berucap di hadapan Perdana Menteri.

Menurut Zambry, kenyataan itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai bayangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat dan kenyataan itu disampaikan secara berseloroh mengenai tempoh pelantikan beliau sebagai Senator yang akan berakhir tidak lama lagi. – 10 November, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related