HEADLINES

PM ‘terkejut’ ditanya berkait khabar KJ bakal isi jawatan menteri

Menurut khabar angin itu, KJ dijangka kembali menyertai Kabinet sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘terkejut’ sebaik ditanya berhubung khabar angin kononnya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal kembali menyertai Kabinet tidak lama lagi.

Beliau memberikan reaksi spontan itu ketika disoal media selepas menghadiri program Simposoim Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025, di Putrajaya, hari ini.

“Ye ke, siapa beritahu?,” balasnya ringkas lapor Utusan Malaysia.

Terdahulu, Malaysia Gazette yang memetik sumber tertinggi sebuah parti melaporkan, Khairy atau KJ bakal kembali kepada parti itu dan akan dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

Media melaporkan kemungkinan Kabinet akan dirombak pada awal Disember ini susulan kekosongan beberapa kerusi menteri.

Khairy yang dipecat dari Umno pada Januari 2023 dikhabarkan akan kembali ke Kabinet sebagai menteri selain Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 

Namun Khairy ketika ditanya wartawan baru-baru ini enggan mengulas mengenainya.

Ia turut melaporkan Kementerian Ekonomi akan digabungkan di bawah Kementerian Kewangan menjadikannya berfungsi semula seperti Unit Perancang Ekonomi di bawah struktur terdahulu.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang bakal menamatkan penggal kedua sebagai Senator, Disember ini, disebut-sebut akan menerajui jabatan baharu itu dan berperanan sebagai Penasihat Ekonomi Kanan Kerajaan.

Manakala tiga lagi senator iaitu Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dijangka menyambung tugas. – 12 November, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

[UPDATED]Batu Caves escalator bid rejected due to application technicality, says S’gor exco

The application was made under the name of a private individual, says V.Papparaidu

Related