◉ HEADLINES

Perobohan rumah di Kg Jalan Papan: 3 individu termasuk Arul PSM ditahan

Mereka telah dibawa ke IPD Klang Selatan di bawah Seksyen 186 atas dakwaan 'menghalang tugas penjawat awam'

6:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan ditahan oleh polis dalam operasi perobohan melibatkan rumah penduduk di Kampung Jalan Papan, Pandamaran, Klang.

Dua yang lain ialah aktivis M Mythreyar dan wakil penduduk M Logesvaran.

Menurut bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, mereka ditangkap ketika berunding dengan polis bagi mempertahankan rumah penduduk daripada dirobohkan.

“Mereka telah dibawa ke IPD Klang Selatan di bawah Seksyen 186 atas dakwaan “menghalang tugas penjawat awam.”

“Tanah tersebut pada asalnya diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada TPPT untuk menyelesaikan masalah setinggan kemudiannya ia dijual kepada pemaju swasta dengan janji bertulis bahawa setiap penduduk lama akan menerima sebuah rumah dua tingkat bernilai RM99,000,’’ katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Menurut Charles, rumah yang dijanjikan itu tidak pernah dibina sebaliknya, hanyalah jentolak yang ada dan mereka yang menuntut keadilan pula ditangkap.

“Datanglah ke IPD Klang Selatan sebagai tanda solidariti.

“Kesalahan mereka hanyalah mempertahankan rumah yang dijanjikan oleh kerajaan sendiri untuk dilindungi,’’ katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerja perobohan itu melibatkan 20 buah rumah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula yang bakal dilaksanakan pemaju.

Bagaimanapun ada penduduk mendakwa rumah yang masih berpenghuni turut dirobohkan.

Penduduk sebelum ini merayu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari supaya campur tangan bagi menghentikan perobohan rumah mereka pada 26 dan 27 Oktober lalu.

Mereka juga mendakwa diberikan notis pengusiran pada 21 Oktober lalu meskipun mendapat perintah penangguhan sementara pada 2021. – 12 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related