◉ HEADLINES

Rahman Dahlan tarik diri tanding DUN Tempasuk, dua hari sebelum penamaan calon

Abdul Rahman percaya anak tempatan dari Umno Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang

8:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan menarik diri daripada bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Sabah.

Hasrat untuk tidak meneruskan pencalonan itu dimaklumkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu dua hari sebelum proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan Sabtu ini.

Bagaimanapun tiada alasan penarikan diberikan.

“Saya telah memberitahu Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baru dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti Umno di DUN Tempasuk.

“Saya telah bertanding tiga kali di Parlimen Kota Belud (2013, 2018 dan 2022).

“Dua kali menang dan sekali kalah. Dalam ketiga-tiga pertandingan itu, UMNO tetap memenangi undi di DUN Tempasuk walaupun kalah di kerusi Parlimen,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Rahman percaya anak tempatan dari Umno Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang.

Sebagai ahli parti, beliau akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain.

Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dipetik media mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas mengenai punca Rahman menarik diri.

Beliau mencadangkan kepada media supaya mendapatkan penjelasan terus daripada Rahman.

“Kami akan menggantikan beliau dengan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Azwan Norjan,” kata Bung.

BN akan bertanding di 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ditetapkan 29 November ini. – 12 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related