HEADLINES

MAG lantik Nasaruddin sebagai presiden dan CEO kumpulan, ganti Izham

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Kapten Nasaruddin A. Bakar sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan tersebut berkuat kuasa 1 Februari 2026, jawatan baharu menggantikan jawatan pengarah urusan kumpulan sebelum ini.

MAG dalam satu kenyataan hari ini berkata Datuk Kapten Izham Ismail akan bersara daripada jawatannya sebagai pengarah urusan kumpulan pada 31 Januari 2026, selepas lebih empat dekad bersama syarikat itu.

Kapten Izham memulakan kerjayanya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada 1979 dan kemudiannya dinaikkan pangkat memegang pelbagai jawatan kepimpinan utama sebelum dilantik sebagai pengarah urusan kumpulan pada 1 Disember 2017, menjadikannya ketua eksekutif syarikat yang paling lama berkhidmat setakat ini.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Kapten Izham menyelia penstrukturan semula kewangan utama dan usaha penambahbaikan operasi yang membantu mengembalikan keuntungan MAG dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kedudukan kewangan kumpulan yang lebih kukuh kini meletakkannya di kedudukan baik untuk memulakan fasa pertumbuhan seterusnya bagi mencapai prestasi dan operasi yang lebih mampan di bawah kepimpinan baharu,” kata kumpulan syarikat penerbangan itu.

Sementara itu MAG berkata Nasaruddin yang mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam operasi penerbangan, pengurusan dan peranan strategik, telah memegang beberapa jawatan utama dalam kumpulan itu, yang terbaharu sebagai ketua pegawai operasi Malaysia Airlines.

Sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan, Nasaruddin akan bertanggungjawab dalam pelaksanaan keutamaan strategik MAG ketika kumpulan itu memajukan Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP3.0) dan mengukuhkan kedudukannya sebagai kumpulan penerbangan terkemuka.

Perancangan strategik itu termasuklah memacu kecemerlangan operasi, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan mampan dalam portfolio syarikat penerbangan dan juga bukan syarikat penerbangan.

“Nasaruddin akan disokong oleh pasukan pengurusan yang berkebolehan di seluruh kumpulan dan tiga unit utama iaitu Perniagaan Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Kad Kesetiaan dan Perjalanan serta Perkhidmatan Penerbangan,” katanya.

Ahli lembaga MAG dan pengarah urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata lembaga berkeyakinan penuh terhadap kepimpinan Nasaruddin untuk menggerakkan keutamaan strategik MAG dan mengukuhkan kedudukan kumpulan itu dalam landskap penerbangan global yang kompetitif.

“Bagi pihak lembaga pengarah dan seluruh keluarga MAG, kami ingin mengucapkan terima kasih dengan penuh tulus ikhlas kepada Izham atas khidmat dan kepimpinan cemerlang beliau.

“Beliau telah menunjukkan komitmen, integriti dan semangat kental tanpa mengenal penat lelah dalam membimbing MAG melalui tempoh transformasi dan pertumbuhan yang penting,” katanya. – 12 November, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related