HEADLINES

Fadlun mulakan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16 hari ini

Fadlun, sebelum ini Presiden Perbadanan Putrajaya, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa Sabtu lalu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim 

1:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Fadlun Mak Ujud, yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, hari ini memulakan tugas secara rasmi menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan ketibaan beliau di Menara DBKL 1 disambut dengan sesi hormat daripada anggota Kawalan Kehormatan, Jabatan Penguatkuasaan agensi berkenaan. 

“Suasana kemeriahan turut diserikan dengan persembahan tarian selamat datang oleh artis budaya DBKL, sebagai tanda penghargaan dan sambutan warga kota terhadap kepimpinan baharu ini,” menurut kenyataan itu.

Fadlun melaksanakan punch in pertamanya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, tanda rasmi bermulanya amanah besar memimpin jentera pentadbiran ibu kota.

Beliau kemudian dibawa ke Tingkat 29 Menara DBKL 1 untuk mendengar taklimat mengenai fungsi dan hala tuju agensi itu.

Fadlun, sebelum ini Presiden Perbadanan Putrajaya, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa Sabtu lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia serta memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam perancangan bandar, pembangunan wilayah serta pengurusan bandar raya.

Menerusi kenyataan itu, DBKL turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Maimunah atas segala jasa, sumbangan serta kepimpinan cemerlang beliau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15, yang telah meninggalkan legasi kepimpinan berwawasan demi manfaat warga kota. – 17 November, 2025

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related