◉ HEADLINES

Struktur sementara ECRL runtuh: MRL mohon maaf, henti pembinaan serta-merta

MRL berkata siasatan awal jurutera ECRL mendapati struktur kekal RUB 16 berada dalam keadaan baik, stabil dan tidak terjejas akibat insiden ini

7:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan Plaza Tol Gombak dihentikan serta-merta demi melindungi keselamatan orang awam susulan insiden struktur sementara projek tersebut runtuh dan menimpa sebuah kenderaan hari ini.

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dalam kenyataannya berkata, kejadian pada jam 2 petang melibatkan runtuhan struktur sementara jenis ‘temporary steel canopy’ yang digunakan bagi kerja-kerja Road Under Bridge (RUB) 16 itu telah menimpa sebuah kereta Suzuki Swift milik orang awam.

Kenyataan itu berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) bagi menyiasat punca kejadian.

MRL dalam kenyataannya mengesahkan pemilik kenderaan tersebut berada dalam keadaan selamat.

“Kerja-kerja pembukaan struktur sementara dan pembersihan di lokasi sedang dijalankan. Siasatan awal oleh jurutera ECRL mendapati struktur kekal RUB 16 berada dalam keadaan baik, stabil dan tidak terjejas akibat insiden ini,” katanya.

Katanya, struktur tersebut dibina bagi menghalang serpihan pembinaan jatuh ke jalan raya selain memudahkan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan RUB 16.

Pembinaan RUB 16 jelasnya lagi berjaya disempurnakan pada bulan lalu dan pihak berkuasa telah memberikan kelulusan untuk kerja-kerja pembukaan struktur sementara tersebut bermula 20 November ini.

“Pihak ECRL akan mengambil tanggungjawab penuh berhubung insiden ini. MRL turut merakamkan permohonan maaf dan menegaskan keselamatan pengguna jalan raya, orang awam dan pekerja projek adalah keutamaan kami,” katanya.

MRL dalam kenyataan itu turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda trafik serta arahan pihak berkuasa di kawasan terlibat. – 18 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

◉ Related