HEADLINES

Isa dipecat dari jawatan Setiausaha Bersatu Johor

Meskipun dimaklumkan ia adalah pertukaran jawatan namun Isa memahaminya ia adalah dipecat

5:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Datuk Isa Ab Hamid, telah dipecat daripada jawatan Setiausaha Bersatu negeri Johor malam tadi.

Ketika dihubungi Scoop, Isa berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi Bersatu Negeri, Datuk Sahrudin Jamal bahawa jawatan itu akan ditukar kepada Ketua Bersatu Iskandar Puteri, Samsudin Ismail.

Menurut Isa, meskipun Sahrudin memaklumkan jawatan itu ditukar namun beliau memahaminya sebagai dipecat.

Jelasnya, tiada alasan diberikan berhubung perkara berkenaan.

“Malam tadi selepas mesyuarat Perikatan Nasional (PN) di pejabat Bersatu di Batu Pahat, saya telah diambil oleh pengerusi mengenai keputusan itu. Dia kata nak tukar, tapi kalau tukar, saya akan dapat jawatan lain. Jadi saya faham ia adalah dipecat.

“Saya tiada masalah dan itu haknya untuk berbuat demikian. Saya telah dimaklumkan secara lisan dan sekarang ini akan menunggu surat rasmi,’’ katanya.

Ditanya punca pemecatannya, Isa memberitahu beliau tidak dimaklumkan mengenainya namun percaya ia ada kaitan dengan 120 Ketua Bahagian yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) yang mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.

Selain itu, katanya, ia juga ada kaitan dengan penyertaannya dalam jelajah yang dikenali sebagai Semarak, sedangkan beliau hadir ke program itu bagi mengetahui isu sebenar.

“Saya rasa isu lain. Saya perform (menjalankan tugas) sebagai Setiausaha Bersatu Negeri,’’ katanya yang memaklumkan akan menumpukan tugas sebagai Ketua Bahagian Bersatu Pontian selepas ini.

Bagaimanapun memandangkan beberapa Ketua Bahagian Bersatu sudah dipecat dari parti, Isa bersedia sekiranya dipanggil oleh Lembaga Disiplin.

Selasa lalu, dua Ketua Bahagian Bersatu, iaitu Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Sepang) dan Mohd Shukor Mustaffa (Puchong) telah dipecat berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Datuk Mohd Radzi Manan, dalam satu notis, mengesahkan kedua-duanya dipecat kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Sementara itu ditanya mengenai krisis dalam Bersatu, Isa berkata, beliau melihat ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan dan ‘memanaskan keadaan’ dalam isu berhubung sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau juga memberitahu, ada sebahagian Ahli Parlimen yang tidak bersetuju jawatan Ketua Pembangkang ditukar daripada Hamzah kepada Datuk Seri Radzi Jidin.

“Sebahagiannya (Ahli Parlimen) tidak setuju, jadi perkara ini tiada ada isu. Kalau Radzi dipilih pun, ramai yang tidak setuju,’’ katanya.

Sebelum ini tular satu draf dokumen dalaman bertarikh 10 November kononnya didakwa sebagai surat sulit kepimpinan Bersatu yang mahu tindakan segera diambil ke atas individu tertentu bagi mendamaikan dan memulihkan kesejahteraan parti itu.

Surat tanpa kepala surat rasmi itu mengandungi perkataan sulit itu mencadangkan agar Bersatu melantik Radzi sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan Hamzah. – 21 November, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related