HEADLINES

Jumlah mangsa banjir seluruh negara melebihi 18,000 orang

Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat lebih 18,000 orang

9:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Banjir di seluruh negara semakin buruk, dengan jumlah mangsa yang dipindahkan mencecah 18,526 orang di 122 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 9.30 pagi ini.

Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk terjejas dengan hampir 9,905 mangsa ditempatkan di 40 PPS, terutamanya di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh yang masih mencatatkan kenaikan paras air.

Menurut InfoBencana JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), keadaan di Selangor juga turut terjejas dengan 2,713 orang daripada 745 dipindahkan ke 19 PPS.

Perak pula merekodkan 2,617 mangsa, Kedah pula merekodkan 1,643, Perlis (1,171), Pulau Pinang (298), Terengganu (69) dan Pahang (22).

Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam hantaran di Facebook malam tadi memaklumkan semua perkhidmatan tren penumpang di sektor utara masih beroperasi seperti biasa, namun terdapat kelewatan berikutan langkah keselamatan tambahan yang diambil bagi memastikan perjalanan penumpang kekal selamat.

KTMB juga memaklumkan, pihaknya sedang memantau dengan rapi paras air di beberapa lokasi landasan kereta api di sektor utara berikutan hujan yang berterusan.

“Pasukan operasi KTMB berada di lapangan dan sentiasa bersiap siaga, manakala pemantauan dilakukan secara berterusan.

“KTMB akan mengemas kini maklumat terkini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi kami,” menurut hantaran itu.

Beberapa jalan di Perlis ditutup sementara semalam akibat banjir berikutan hujan berterusan sejak kelmarin termasuk Jalan Stesen KTMB Arau.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberitahu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sabah, dan Labuan sehingga 12 tengah hari ini.

“Di Johor ia melibatkan daerah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),’’ katanya. – 25 November, 2025

Topics

 

Hangat

Grab’s RM9.9bil impact: How the platform fuels Malaysia’s economy

A new report shows the ride-hailing giant contributed 0.5% of GDP in 2023, supporting over 277,000 earning opportunities across the country

Rainforest Youth Summit 2025 returns to Kuching to bolster climate leadership in Southeast Asia

Over 700 young delegates gather in Sarawak for regional summit blending Indigenous wisdom, policy action, and environmental resilience

PAS extends Christmas greetings, calls for unity in diversity

Takiyuddin Hassan says values of love, forgiveness and humility transcend faiths as Malaysia champions harmony

Related