◉ HEADLINES

Lelaki maut ditembak polis di Dengkil dipercayai ketua geng samun, aktif di 3 negeri

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki yang maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini, malam tadi, dipercayai ketua kumpulan samun dan aktif di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sejak 2022.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, suspek yang berusia 30 tahun dari Sepang itu, mempunyai rekod jenayah membabitkan 10 kesalahan, termasuk samun, menyebabkan kecederaan, merusuh dan pecah rumah.

“Suspek juga mempunyai dua rekod dikehendaki membabitkan dua kes samun stor penyimpanan barang tapak projek di Sepang pada tahun lalu,’’ katanya, lapor Harian Metro, pada sidang media hari ini.

Suspek, kata beliau, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam mengikut Seksyen 395, Seksyen 397 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan pada 19 November lalu tanpa kehadirannya yang menghilangkan diri ketika itu.

Beliau memberitahu, pertuduhan itu melibatkan kes yang dilaporkan di Puchong pada penghujung 2023 dan kes dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) kerana tidak hadir pada pertuduhan dan permohonan waran tangkap sudah dibuat.

Terdahulu, media melaporkan polis menembak mati seorang lelaki dipercayai penjenayah dalam insiden berbalas tembakan di tepi jalan, Batu 8, Jalan Banting – Dengkil, Selangor, malam tadi.

Ketika kejadian pada 8.10 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9), JSJ, telah terserempak dengan sebuah kenderaan jenis perodua berwarna perak yang dinaiki oleh seorang lelaki.

Pasukan berkenaan, ketika itu sedang menjalankan operasi mengesan dan mencegah kejadian jenayah samun di sekitar kawasan Banting, Dengkil dan Sepang dengan menggunakan kenderaan pasukan.

Mengulas lanjut, Kumar memberitahu, sindiket dianggotai suspek dipercayai mempunyai kira-kira 10 rakan sejenayah dan mensasarkan rumah kediaman, tapak projek atau kilang e-waste sebagai sasaran samun dengan bersenjatakan pistol, parang dan batang besi.

“Kumpulan itu juga akan mencabut, merosakkan dekoder kamera litar tertutup (CCTV) dan memakai topeng muka serta sarung tangan ketika melakukan jenayah itu.

“Mereka tidak teragak-agak untuk mencederakan mangsa sekiranya diancam,’’ katanya.

Beliau memaklumkan, siasatan mendapati kes samun melibatkan kumpulan itu adalah 19 kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka bagi tempoh 2022 hingga tahun ini dengan anggaran kerugian bernilai RM2.5 juta.

Menurut Kumar, polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan terbabit. – 25 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related