HEADLINES

Bandar Terbaik Dunia 2026: Kuala Lumpur curi tumpuan, duduki tangga ke-50

Laporan itu menampilkan 270 bandar di seluruh dunia yang dinilai menerusi 34 indikator utama

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur disenaraikan di kedudukan ke-50 Bandar Terbaik Dunia 2026, dalam laporan baharu oleh Resonance Consultancy, yang menonjolkan kekuatan ekonomi dan kemunculan mercu tanda serta pengembangan hab perniagaan.

Laporan itu menampilkan 270 bandar di seluruh dunia yang dinilai menerusi 34 indikator utama.

Kedudukan ke-50 itu didorong pencapaiannya dalam Top 5 Labour Force Participation, pengembangan hab perniagaan seperti Tun Razak Exchange (TRX) serta pembangunan mercu tanda baharu termasuk Menara Merdeka 118 dan hotel mewah, yang meningkatkan infrastruktur dan daya tarikan global.

Bagi Kuala Lumpur, selain kedudukan kukuh dalam Penyertaan Tenaga Buruh dan Taraf Hidup, kedudukannya di tempat ke-50 mencerminkan pemodenan kawasan Bukit Bintang City Centre di sekitar LaLaport dan dewan konsert Zepp, serta “program River of Life’ yang bernilai berbilion dolar, bertujuan memulihkan sungai Gombak dan Klang.

Sementara London kekal di puncak untuk tahun ke-11 berturut-turut, meraih tempat pertama dalam aspek kemakmuran, keterpesonaan dan keselesaan hidup.

London juga mendahului dalam bilangan lapangan terbang dan syarikat besar, dengan laporan itu menyoroti perubahan landskap bandar London, pencakar langit baharu, serta kemampuan berterusan untuk menarik pelancong, pelajar dan usahawan.

New York, iaitu ‘kota yang tidak pernah tidur’ dan menjadi jantung Amerika berada di tangga kedua. Kota itu unggul di Google Trends dan menunjukkan prestasi kukuh dalam pelaburan korporat.

Paris, yang memukau ramai dengan muzium dan pengaruh seni budayanya berada di tempat ketiga dan Tokyo, berada di tempat keempat.

Madrid naik ke tangga kelima, mengatasi Singapura yang berada di kedudukan keenam. Madrid berada di kedudukan berkenaan hasil ‘kehidupan malamnya’, inisiatif hijau serta pemulihan bandar.

Ditangga ke tujuh adalah Rome manakala Dubai, kembali memasuki senarai 10 teratas dengan kedudukan kelapan, manakala Berlin kesembilan dan Barcelona di kedudukan 10.

Sementara Sydney terkeluar dari kelompok 10 teratas. – 27 November, 2025

Topics

 

Hangat

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related