HEADLINES

Shamsul Iskandar beri keterangan di SPRM tengah hari tadi

Shamsul Iskandar hadir berhubung siasatan dakwaan rasuah melibatkan ahli perniagaan Albert Tei, sehari selepas seorang wanita dikaitkan dalam klip video tular turut tampil memberi kenyataan

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah oleh seorang ahli perniagaan dikenali Albert Tei.

Sumber memaklumkan Shamsul Iskandar tiba di pejabat SPRM kira-kira 12 tengah hari tadi.

Selain Shamsul Iskandar dan Albert, semalam, SPRM memaklumkan seorang wanita yang dikaitkan dalam klip video tular berbual bersama ahli perniagaan itu turut tampil memberi keterangan pada 2 petang semalam.

Pada 25 Nov, Shamsul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

SPRM sebelum ini memaklumkan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Albert dan Shamsul Iskandar sedang dijalankan dan semua pihak berkaitan akan dipanggil bagi mengumpul bukti diperlukan. – 28 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related