HEADLINES

[KEMAS KINI] Tanah runtuh: Laluan ke Apartmen Puncak Arabella di Cameron Highlands dibuka

Polis menerima laporan kejadian tanah runtuh itu sekitar jam 8.30 malam, dan beberapa agensi digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan

8:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laluan keluar masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands yang terputus hubungan susulan kejadian tanah runtuh malam tadi, telah dibuka semula.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Azri Ramli berkata, laluan itu dibuka selepas kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan pada awal pagi ini.

Penduduk yang terkandas juga, katanya, telah selamat pulang ke rumah masing-masing.

Malah tadi, hampir 700 penduduk di Apartmen Puncak Arabella di Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas tanah runtuh melanda di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan itu.

Menurut Azri, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di Jalan Puncak Arabella itu kira-kira 8.30 malam.

Azri berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan laluan ke kawasan apartmen terputus hubungan, sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk hampir 700 penduduk yang menetap di situ,” katanya, lapor Bernama.

Beberapa agensi, kata beliau, termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan dan tindakan awal.

Azri juga memberitahu, tindakan lanjut serta bantuan awal sedang diselaras oleh agensi terbabit.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi dan Geosains (JMG) telah dihubungi bagi bantuan penilaian segera berkenaan status tanah.

“Pasukan Jabatan Kerja Raya dan SMR Selenggar-Pahang Sdn Bhd turut telah bergerak ke lokasi untuk melaksanakan tindakan pembersihan jalan dan juga langkah berjaga-jaga sementara untuk perlindungan cerun (temporary precautions for slope protection) terlebih dahulu,” katanya. 

Beliau turut menasihati masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat yang tidak sahih.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Cameron Highlands di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran,” katanya. – 29 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related