◉ HEADLINES

Penjawat awam, profesional antara 201 ditahan dalam serbuan di ‘kelab gay’ Chow Kit

Pusat berkenaan mempromosikan premis itu melalui media sosial seperti TikTok serta hebahan daripada pelanggan tetap

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penjawat awam, golongan profesional dan pelajar merupakan antara 201 orang yang ditahan dalam serbuan polis di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Azani Omar berkata, daripada jumlah berkenaan, 201 adalah pengunjung termasuk 17 penjawat awam dan tujuh pekerja berusia antara 19 hingga 60 tahun.

Menurutnya, pihak berkuasa turut merampas kondom dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

“Premis dua tingkat terbabit beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan lepas, dan dibuka pada 5 petang hingga 11 malam semasa hari bekerja, manakala pada hujung minggu bermula dari 3 petang hingga 11 malam,’’ katanya, lapor Bernama.

Operasi berkenaan, katanya dilaksanakan KL Strike Force Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selepas dua minggu risikan dan pemantauan.

Menurut Mohd Azani, pusat kesihatan berkenaan mempromosikan premis itu melalui media sosial seperti TikTok serta hebahan daripada pelanggan tetap.

“Pengunjung dikenakan bayaran RM35 setiap kemasukan, manakala pelanggan baharu perlu membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran sebelum menerima kad keahlian,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, pengunjung pusat berkenaan kebanyakannya mengakui mereka mengetahui tentang premis itu melalui media sosial.

Premis berkenaan juga, mempunyai beberapa ruang tertutup termasuk bilik kecil, kawasan separa gelap, selain kemudahan sauna dan jakuzi yang dipercayai menjadi tarikan utama pengunjung. – 29 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related