◉ HEADLINES

Malaysia Airports sahkan ancaman bom di KLIA palsu

Malaysia Airports berkata seorang individu ditahan dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang individu ditahan dan diserahkan kepada polis selepas membuat ancaman bom palsu membabitkan sebuah penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 petang semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia Airports memaklumkan insiden itu dikesan pada jam 5.32 petang semalam, beberapa minit sebelum pesawat dijadual berlepas.

Berikutan itu, pasukan keselamatan penerbangan segera mengaktifkan protokol kecemasan dan memastikan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.

“Tindakan pantas pasukan keselamatan dan kerjasama pihak berkuasa memastikan semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang proses pemeriksaan.

“Pesawat berkenaan kemudian dibenarkan berlepas dengan baki penumpang pada jam 7.19 malam selepas pihak keselamatan penerbangan bersama PDRM dan Unit Pemusnah Bom menjalankan penilaian menyeluruh di lokasi,” kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa mengesahkan keadaan selamat dan ancaman yang diterima adalah palsu selepas melakukan pemeriksaan akhir pada jam 8.58 malam.

Difahamkan operasi di lapangan terbang turut berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Malaysia Airports mengingatkan orang ramai bahawa mengeluarkan ancaman palsu, termasuk berkaitan bom adalah kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan tegas. – 3 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related