HEADLINES

Kelantan sangkal dakwaan exco hantar surat mohon PM lulus projek

Timbalan Menteri Besar memaklumkan perkara itu selepas ia dibincangkan dalam mesyuarat exco hari ini bagi tujuan semakan

4:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Fadzli Hassan menyangkal dakwaan bahawa exconya menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lengkap dengan senarai nama syarikat tertentu untuk cadangan kelulusan seperti didedahkan di Parlimen semalam.

Beliau memaklumkan perkara itu selepas isu berkenaan turut dibincangkan dalam mesyuarat exco hari ini bagi tujuan semakan.

“Saya dimaklumkan tidak ada exco menghantar surat dengan menyebut nama syarikat secara spesifik untuk cadangan kelulusan. Malah, saya tidak boleh mengulas lanjut kerana kita sendiri tidak melihat surat yang didedahkan oleh perdana menteri.

“Jadi, untuk komen secara lanjut saya perlu melihat terlebih dahulu surat berkenaan dan ianya dalam konteks yang bagaimana,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, lapor FMT.

Dalam sidang dewan semalam, Anwar mendedahkan menerima dua surat berasingan daripada exco Terengganu dan Kelantan yang meminta kelulusan projek tertentu daripadanya.

Beliau berkata, permohonan seperti itu tidak beretika kerana mereka tidak sepatutnya meminta perdana menteri memberikan kelulusan terus terhadap projek yang dimohon.

Jelasnya, perkataan meminta kelulusan rasmi berbeza daripada surat sokongan daripada bekas Setiausaha Sulit Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hanya memohon pertimbangan. – 3 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related