HEADLINES

Warga emas tinggal bersama mayat anak, ditempatkan di Rumah Seri Kenangan

Seorang wanita warga emas cacat penglihatan dilaporkan terpaksa merangkak sejauh kira-kira 150 meter untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anak perempuannya di sebuah pondok

4:46 PM MYT

 

KUCHING – Seorang wanita warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayat anak perempuannya selama beberapa hari akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata wanita berusia 69 tahun itu juga akan menjalani pemeriksaan fizikal dan mental bagi mengetahui tahap kesihatannya.

“Tindakan telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lebih elok ditempatkan di rumah tersebut sebab kini dia keseorangan selepas kematian anak yang menjaganya,” katanya ketika ditemui pada Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 di Kampung Budaya Sarawak di sini, hari ini. 

Semalam media melaporkan seorang wanita warga emas cacat penglihatan terpaksa merangkak sejauh kira-kira 150 meter untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anak perempuannya di sebuah pondok di Jalan Kampung Telok Sabang, Kota Samarahan. 

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin dilaporkan berkata warga emas berkenaan menyedari anaknya yang berusia 48 tahun telah meninggal dunia pada 30 Nov, selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas

Walau bagaimanapun, warga emas itu tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah bau mayat anaknya yang semakin kuat terhidu memaksanya keluar merangkak mencari pertolongan.

Sementara itu, Nancy menyeru kepada semua ketua masyarakat agar mengambil peduli perihal masyarakat terutamanya di kawasan kampung bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“(Peranan ketua masyarakat) ini membolehkan penduduk kampung mendapatkan maklumat tepat mengenai pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan melalui saluran yang betul khususnya JKM,” katanya. – 6 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related