HEADLINES

Jangan politikkan isu UEC: Johari

Malaysia mempunyai pelbagai sistem pendidikan dan apa yang penting ialah menghormati pilihan masing-masing

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta supaya isu mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak dipolitikkan.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memberitahu, Malaysia mempunyai pelbagai sistem pendidikan dan apa yang penting ialah menghormati pilihan masing-masing.

“Perkara paling asas ialah setiap rakyat Malaysia mesti menghormati apa yang kita ada di negara ini.

“Kalau tidak setuju dengan UEC, tak perlu ambil. Kalau ada yang percaya UEC membantu mereka di peringkat antarabangsa, itu pilihan mereka,” katanya, lapor media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program UK PACT 2.0: Kerjasama Malaysia-UK untuk Peralihan Iklim yang Dipercepatkan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf.

Ditubuhkan pada 1975, UEC ialah peperiksaan bagi sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia. Di peringkat nasional, UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Persekutuan dan universiti awam.

Mengulas lanjut, Johari berkata, masyarakat bebas menentukan aliran, kelas atau institusi yang mahu diikuti tanpa sebarang paksaan.

Beliau memberitahu, sekolah kebangsaan juga mempunyai silibus yang ditentukan kerajaan dan sebarang perubahan perlu diteliti dengan cermat. – 11 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related