◉ HEADLINES

Peminat mengamuk Messi hanya muncul 20 minit di Kolkata

Kerusi dan botol melayang ke padang seleaps ribuan penyokong kecewa gagal melihat bintang Argentina itu dengan jelas

9:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Malam yang sepatutnya meraikan kehadiran Lionel Messi di India bertukar kecoh apabila ribuan peminat di Stadium Salt Lake, Kolkata melempar kerusi dan botol ke padang selepas kecewa dengan penampilan singkat bintang Argentina itu.

Peminat yang sanggup membayar sehingga 18,000 rupee (RM814) untuk melihat Messi secara dekat, hanya berpeluang melihat kemuncul bintang bola sepak itu sekitar 20 minit sebelum diiring keluar oleh pasukan keselamatan.

Dalam siri jelajah “GOAT Tour”, Messi dikelilingi pegawai keselamatan dan selebriti, menyebabkan majoriti penonton tidak dapat melihatnya dengan jelas, sekali gus mencetuskan kemarahan.

Menurut laporan BBC, sebaik sahaja Messi meninggalkan stadium, suasana bertukar ganas. Penonton mula merosakkan tempat duduk, membaling botol dan cuba memecahkan pagar pemisah, memaksa pihak keselamatan campur tangan.

Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee, menyifatkan insiden itu sebagai “amat mendukacitakan” dan menggesa siasatan penuh terhadap penganjur.

Messi dijadualkan menghadiri beberapa acara promosi di Kolkata, Hyderabad, Mumbai dan Delhi.

Lawatan beliau ke Kolkata turut menyaksikan pelancaran patung gergasi setinggi 70 kaki, namun atas faktor keselamatan, Messi hanya membuat kemunculan secara maya, sekali lagi mengecewakan peminat yang sanggup menunggu berjam-jam. – 14 Disember, 2025

Topics

 

◉ Popular

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related