◉ HEADLINES

Editor Video Astro Awani terkorban nahas jalan raya di NKVE

Allahyarham yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati dikatakan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penyunting video Astro Awani, Mohd Kusairi Ishak, 52, maut dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh, malam tadi.

Allahyarham, yang terkenal sebagai individu berbakat dalam penyuntingan video berita dan kandungan media sosial, dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Bangsar selepas bertugas di Tapah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata kemalangan berlaku pada jam 10.05 malam apabila motosikal Ducati ditunggang mangsa hilang kawalan sebaik tiba di Kilometer (KM) 457.1 sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Impak hentaman menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis menerima laporan pada 10.49 malam sebelum pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi, namun Allahyarham disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Shamsudin, ketika kejadian cuaca baik, jalan rata dan kawasan persekitaran berlampu.

Jenazah kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat yang dijalankan pada jam 9 pagi tadi.

Allahyarham Mohd Kusairi, yang sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia penyuntingan video, dikenang rakan setugas sebagai insan yang tekun, berbakat besar dan menjadi tulang belakang dalam penghasilan visual berita Astro Awani.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka atau maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di 017‑7378704. – 14 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

◉ Related