HEADLINES

Kes tikam pelajar: Laporan mental remaja ditetapkan 16 Jan

Mahkamah sedang menunggu laporan Hospital Bahagia sebelum langkah seterusnya

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh penting untuk mengetahui keputusan laporan pemeriksaan mental seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Oktober lalu.

Majistret Amira Sariaty Zainal membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan peguam bela, Kitson Foong, agar tempoh dilanjutkan bagi membolehkan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak menyiapkan laporan penuh.

“Pakar perubatan memerlukan lebih masa kerana perlu menemu bual ahli keluarga, meneliti sejarah tingkah laku di rumah dan sekolah dengan bantuan pegawai penyiasat,” jelas Foong.

Remaja terbabit tidak hadir di mahkamah kerana masih menjalani rawatan dan penilaian di hospital. Prosiding sebutan semula kes dijalankan secara tertutup memandangkan ia melibatkan pesalah juvana.

Foong menegaskan laporan mental itu amat penting untuk menentukan tahap kecerdasan anak guam sebelum mahkamah memutuskan sama ada pengakuan bersalah akan direkodkan di Mahkamah Tinggi atau perbicaraan penuh ditetapkan. “Ketika ini, dia menunjukkan perkembangan positif dan tindak balas baik sepanjang rawatan,” katanya.

Kes berprofil tinggi ini kembali mengingatkan masyarakat kepada tragedi 14 Oktober lalu, apabila pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui mati di tandas sekolah antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi.

Remaja lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun, serta sebatan tidak lebih 12 kali jika tidak dihukum gantung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman. – 19 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related