HEADLINES

Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki enam rekod jenayah ditahan

Polis percaya lebih ramai individu terlibat, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

2:39 PM MYT

 

SEREMBAN – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang di Melaka, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

“Lelaki itu kini direman seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki terbabit berkemungkinan mengenali mangsa dan setakat ini polis belum mempunyai maklumat sama ada dia terlibat secara langsung atau tidak dalam kes itu.

Lelaki itu juga, katanya memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk dadah dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes berkenaan.

Muhammad Idzam berkata proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Rembau.

Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Dis lepas.

Beliau berkata laporan berhubung kehilangan wanita itu diterima Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin lepas sebelum polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat perlakuan jenayah. – 19 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related