◉ HEADLINES

Kerajaan jimat RM800 juta sejak Budi95 dilaksanakan: Anwar

Anwar berkata sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap Kerajaan yang memerintah, namun tiada yang mempunyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil langkah berani pelaksaanaan Program Budi Madani RON95 (Budi95), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap Kerajaan yang memerintah, namun tiada yang mempunyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya.

Sebaliknya, Kerajaan Madani, kata beliau, telah mengambil langkah berani menerusi Budi95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara.

“Hasil keberanian ini menyaksikan kita menjimatkan RM800 juta setakat ini, dan setiap daripadanya dipulangkan kembali kepada rakyat melalui STR dan SARA, selain menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Di bawah program Budi95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.

Seramai 16 juta rakyat Malaysia layak mendapat inisiatif Budi95 dengan setiap individu berhak mendapat sehingga 300 liter sebulan.

Pelaksanaan Budi95 bermula secara berperingkat sejak 27 September, dengan peringkat awal melibatkan 300,000 anggota polis dan tentera, sebelum diperluaskan kepada penerima STR dalam kumpulan B40 dan seluruh rakyat Malaysia berusia 16 tahun yang mempunyai lesen pada 30 September. – 21 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

What if we die? Serdang Hospital heart patients see angiograms delayed one year

The hospital’s cardiology department is constantly at overcapacity, with resources pushed to the limits, and patients suffering

Southern Tigers ready to do what it takes to keep Bergson in JDT

The 34-year-old Brazilian is currently being targeted by Sport Club do Recife from Brazil’s top football league

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related