HEADLINES

Tuduhan ambil dadah Namewee digugurkan

Rapper itu dilepas dibebaskan hari ini selepas pendakwaan menarik balik tuduhan dadah, namun masih berdepan kes pemilikan

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rapper kontroversi Wee Meng Chee, atau Namewee, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan selepas laporan patologi mengesahkan keputusan negatif.

Majistret S. Arunjothy membuat keputusan itu sejurus Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa menarik balik pertuduhan, sekali gus mengarahkan wang jaminan RM2,000 dikembalikan kepada Namewee.

“Dengan laporan patologi negatif, anak guam wajar dilepas dan dibebaskan,” kata peguam Joshua Tay.

Namewee sebelum ini didakwa melakukan kesalahan itu di tandas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dang Wangi pada 22 Oktober lalu, di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun.

Namun, pembebasan hari ini tidak menamatkan sepenuhnya masalah undang-undang beliau.

Namewee masih berdepan pertuduhan memiliki dadah disyaki ekstasi seberat 5.12 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay pada hari sama.

Jika sabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sekurang-kurangnya tiga sebatan.

Keputusan mahkamah hari ini sekali gus melegakan Namewee daripada satu pertuduhan, tetapi meninggalkan bayangan besar terhadap kes pemilikan dadah yang masih menanti perbicaraan. – 22 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

Related