HEADLINES

Adakah isu pengampunan Najib satu garis merah untuk Umno keluar Kerajaan Madani: Rafizi

'Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul,' kata Rafizi

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno mempunyai pilihan untuk menarik diri dari Kerajaan Madani namun jika ia masih tidak berbuat demikian maka isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak bukan satu garis merah.

Demikian pandangan bekas bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyifatkan hak untuk bertindak balas politik adalah hak Umno.

Malah katanya, DAP sebelum ini memberi bayangan jika reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan cepat maka dalam tempoh enam bulan, DAP boleh menarik diri dari Jemaah Menteri dan pentadbiran kerajaan.

Apa pun kata Rafizi, pimpinan Umno akan diperhatikan rakyat dan persoalan berbangkit adakah isu pengampunan Najib ini satu garis merah.

“Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul.

“Pengalaman saya sendiri, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal-awal. Saya letakkan garis merah awal-awal.

“Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong dan kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan,’’ katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pemimpin Umno melahirkan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak semalam.

Pemimpin Umno menyifatkan tindakan itu tidak wajar, biadap dan mencerminkan keangkuhan politik serta tidak sensitif.

Berikutan itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh menggesa Umno keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan meminta semua perwakilan supaya membawa isu berkenaan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), yang dijadualkan Januari ini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, rakyat akan memerhatikan sama ada keputusan kerajaan dibuat berlandaskan undang-undang, tanpa ada campur tangan atau terpengaruh dengan tekanan politik.

“Selagi Datuk Seri Najib dilayan seadilnya sebagai seorang rakyat, saya dan ramai lagi yang berpandangan seperti saya akan percaya bahawa ada kebebasan institusi di negara ini.

“Selepas ini, Najib boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Kita bukan sahaja akan ikuti keputusan, kita akan teliti hujah penghakiman hakim-hakim, kerana rakyat membuat kesimpulan sama ada berlaku tekanan, atau campur tangan, berdasarkan kekuatan hujah penghakiman yang dibuat,’’ katanya. – 23 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related