HEADLINES

Tiga Adun PAS Perlis perlu letak jawatan, selaras lafaz bai‘ah : Idris

Idris Ahmad berkata, PAS tidak memerlukan perjanjian bersyarat termasuk denda jika lompat parti, cukup sekadar lafaz bai‘ah yang dilafazkan dengan sukarela, penuh kesedaran dan tanpa paksaan

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Perlis yang dipecat dari parti serta merta malam tadi, perlu meletak jawatan selaras dengan lafaz bai‘ah dan sumpah yang dibuat sebelum bertanding pada pilihan raya.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, lafaz bai‘ah itu dilafazkan dengan sukarela, penuh kesedaran, tanpa sebarang paksaan dan setiap calon memahami dengan jelas apa yang diikrarkan.

“Bai‘ah ini dilafazkan dengan penuh kesedaran, tanpa sebarang paksaan, dan setiap calon memahami dengan jelas apa yang diikrarkan.

“Calon PAS tidak perlu menandatangani perjanjian bersyarat seperti denda RM10 juta jika lompat parti atau seumpamanya. Cukuplah dengan lafaz bai‘ah,’’ katanya dalam kenyataan di media sosial malam tadi.

Lafaz bai‘ah sebelum calon PAS bertanding pada pilihan raya.

Beliau mengulas mengenai tiga Adun PAS di Perlis yang diisytiharkan terhenti keahlian mereka serta-merta sebagai ahli parti itu berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Perkara berkenaan diumumkan oleh presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang melibatkan Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

“PAS akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya.

Sebelum ini, Adun Perikatan Nasional (PN) di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dengan majoriti, untuk menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Mengulas lanjut, Idris berkata, jika ada yang memilih untuk melanggar bai‘ah itu, maka ia adalah urusan dirinya dengan prinsip dan nilai yang telah diikrarkan.

“Pengalaman yang telah kita saksikan sebelum ini membuktikan bahawa bai‘ah ini benar-benar teruji, dan akibatnya jelas kepada mereka yang mengingkarinya,’’ katanya. – 25 Disember, 2025

.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related