HEADLINES

Muafakat sebenar adalah PAS, Umno dan Bersatu: Wan Saiful

Beliau yakin ramai penyokong-penyokong Umno yang sebenarnya tidak selesa berada dalam kerajaan yang didominasi oleh Pakatan Harapan

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Muafakat yang sebenar ialah PAS, Bersatu dan Umno duduk bersama agar wujud satu payung besar parti-parti politik konservatif bertunjangkan falsafah kanan pertengahan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jajaran yang lebih selesa ialah apabila ketiga-tiga parti itu yang mempunyai banyak persamaan ideologi berada dalam saf yang sama.

Tegasnya, jika salah satu daripada tiga parti tiada dalam gabungan itu maka muafakat yang sebenar masih tidak dicapai.

Beliau juga yakin, ramai penyokong-penyokong Umno yang sebenarnya tidak selesa berada dalam kerajaan yang didominasi oleh Pakatan Harapan (PH).

“Ini pengalaman yang sama dengan sewaktu Bersatu duduk dalam Pakatan Harapan selepas PRU14. Perbezaan ideologi amat ketara. Pada masa itu semua pihak memaksa diri untuk hanya berkata perkara positif mengenai kerajaan PH1.0 sebagai topeng menutup masalah sebenar. 

“Tetapi akhirnya Bersatu membuat keputusan berani dan betul untuk keluar PH,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Wan Saiful mengulas mengenai Konvensyen Khas Pemuda Umno yang akan diadakan esok di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi membincangkan mengenai hala tuju Umno dalam Kerajaan Perpaduan.

Sambil menganggap langkah Pemuda Umno mengadakan konvensyen khas itu sebagai berani, Wan Saiful berharap agenda itu akan berjaya.

“Berilah nama apa sekalipun. Muafakat Nasional. Payung Besar. Perikatan Nasional. Atau apa jua. Yang penting semangatnya sama,’’ katanya.

Dalam pada itu, Wan Saiful mengingatkan PAS dan Bersatu mengenai suara-suara yang mahu memecahkan parti berkenaan dengan cara meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, kelompok trojan horse berideologi PKR dalam Bersatu pasti gembira jika perpecahan itu berlaku. 

“Mereka sedang mencucuk kiri kanan depan belakang mengajak orang Bersatu marah kepada PAS. Mereka juga mencipta “redline” yang bukan-bukan untuk menyukarkan hubungan Bersatu – PAS. – 2 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related