HEADLINES

Wan Ji sah tinggalkan PKR, mahu ‘kurang musuh’

Bekas pembantu Lim Guan Eng itu keluar parti 1 Jan lalu, selepas hampir sedekad bersama PKR

11:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin, mengesahkan beliau telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menyerahkan permohonan pada 1 Januari lalu.

Perkara itu sebelum ini didedahkan bekas ketua PKR Petra Jaya, Iswardy Morni, menerusi hantaran di platform X semalam.

“Saya semakin tua. Oleh itu, saya perlu fikir untuk mempunyai lebih sedikit musuh.
Ketika berada dalam PKR, ramai yang bukan daripada parti itu tidak mahu berkawan dengan saya,” katanya memetik laporan FMT.

Wan Ji sebelum ini pernah bersama PAS sebelum menyertai PKR pada 2015, selain pernah dilantik sebagai pembantu kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada September 2023, mahkamah memerintahkan beliau menjalani hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menghasut dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menerusi hantaran Facebook pada 2012. – 3 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related