◉ HEADLINES

PDRM ingatkan orang ramai waspada sindiket penipuan saman trafik

Sindiket guna pautan rawak menyerupai portal rasmi, mangsa diminta isi maklumat perbankan

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap taktik penipuan yang menyalahgunakan nama PDRM dan aplikasi MyBayar PDRM, kononnya berkaitan tunggakan tol atau kesalahan trafik.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM menjelaskan, sindiket berkenaan menggunakan mesej mengandungi pautan rawak dengan paparan laman web menyerupai portal rasmi PDRM.

“Mangsa akan diarahkan untuk menekan butang ‘Pay Now’ sebelum diminta mengisi maklumat peribadi atau perbankan.

“PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah menghantar notis bayaran melalui pautan rawak atau aplikasi WhatsApp,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

PDRM menegaskan orang ramai tidak membuka pautan mencurigakan atau mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak dikenali. Sebarang maklumat berkaitan saman atau bayaran perlu disahkan melalui laman web rasmi atau kaunter agensi kerajaan berkaitan.

“PDRM turut menggesa orang ramai melaporkan sebarang cubaan penipuan kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) bagi tindakan lanjut,” katanya. – 3 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related