◉ HEADLINES

26 syarikat kini disiasat SPRM berkait tender perolehan Tentera Darat

Pemilik syarikat tersebut turut disiasat dan SPRM tidak menolak kemungkinan mereka akan direman bagi membantu siasatan

6:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap 26 buah syarikat yang dikaitkan dengan tender perolehan Tentera Darat, berhubung dakwaan rasuah.

Sumber memberitahu, pemilik syarikat tersebut turut disiasat dan tidak menolak kemungkinan akan direman bagi membantu siasatan.

“SPRM telah mula menyiasat kesemua 26 buah syarikat tersebut kira-kira jam 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang,” kata sumber berkenaan.

Pada 23 Disember lalu, SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pada Jumaat, SPRM telah mengenal pasti individu lain yang disyaki terbabit dalam siasatan kes rasuah melibatkan seorang pegawai kanan Tentera Darat, membabitkan beberapa projek tender perolehan Tentera Darat.

SPRM turut mengesahkan tindakan pengesanan dan sekatan aset sedang dijalankan namun jumlah nilai aset atau akaun bank tidak didedahkan kepada media buat masa ini memandangkan proses siasatan masih berjalan dan tidak semua aset telah dibekukan sepenuhnya.

Pada 29 Disember lalu, SPRM telah menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

Pegawai kanan tersebut sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 28 Disember 2025, namun beliau telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tarikh berkenaan. – 5 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Budget 2026 allocates RM46.5bil for healthcare, focus on key reforms

Government prioritises hospital upgrades, staff welfare, and healthier lifestyles in new budget

◉ Related