HEADLINES

Ramanan sambut baik amanat Tahun Baharu PM, tekankan perlindungan pekerja gig, kelonggaran arahan bayaran cukai penjawat awam

Ia menggariskan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memelihara kesejahteraan rakyat, memperkukuh keadilan sosial serta memastikan pembangunan negara dilaksanakan secara inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan

11:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menyambut baik amanat Tahun Baharu 2026 kerajaan, sambil menyifatkannya sebagai bukti jelas komitmen kerajaan Madani terhadap kebajikan rakyat, keadilan sosial dan pembangunan inklusif.

“Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi mesti diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, dengan dasar yang memfokuskan kepada kesejahteraan, keadilan dan kelestarian jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ramanan menekankan pengiktirafan kerajaan terhadap landskap ekonomi yang semakin berkembang, dengan merujuk kepada pengumuman peruntukan tambahan RM100 juta melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyediakan latihan dan perlindungan sosial kepada pekerja gig e-hailing dan p-hailing.

“Langkah ini jelas mengiktiraf sumbangan besar sektor gig yang menjadi tulang belakang mobiliti
dan ekonomi harian pekerja gig ini,” katanya.

Beliau menambah, pembiayaan latihan kemahiran dan perlindungan jaringan sosial bagi pekerja gig e-hailing dan p-hailing sedang diperhalusi dan akan diumumkan kelak.

Menteri itu turut memaklumkan bahawa penjawat awam akan menerima kelonggaran sementara berkaitan Arahan Bayaran Ansuran CP500.

“Ia khususnya bagi penjawat awam yang tersilap mengisi maklumat pendapatan kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

“Kerajaan bersetuju memberikan tempoh peralihan sepanjang tahun 2026 tanpa penalti bagi
kesilapan tidak disengajakan, sebagai pendekatan berhemah namun tanggungjawab membayar cukai tetap perlu dipatuhi demi menyokong usaha Kerajaan menambah baik bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahman (STR), Sumbangan Asas Rahman (SARA) dan peningkatan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ramanan turut menggariskan langkah-langkah kebajikan lain yang diumumkan dalam ucapan tersebut, termasuk bayaran SARA sebanyak RM100 kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas bermula Februari, serta bayaran STR Fasa 1 bermula 20 Januari.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM200 juta bagi menambah baik kemudahan Sekolah Agama Rakyat, sekolah tahfiz dan institusi berkaitan, selain RM80 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi kerja-kerja naik taraf asas,” katanya.

Selain itu, kerajaan akan menurunkan cukai perkhidmatan ke atas sewaan kepada enam peratus bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

“Kementerian Sumber Manusia kekal komited untuk memastikan inisiatif-inisiatif ini memberikan manfaat sebenar kepada pekerja, keluarga dan masyarakat keseluruhannya,” kata Ramanan.

“Kami akan terus menyokong dasar yang berteraskan kebajikan, keterangkuman dan keadilan sosial bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam pembangunan negara.” — 5 Januari 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related