HEADLINES

Lelaki Singapura ubah nombor plat kereta untuk isi RON95, didenda RM9,000

Pemandu kereta itu didapati menutup huruf depan dan belakang pada plat nombor Singapura bagi menjadikannya kelihatan seperti kenderaan tempatan yang layak untuk mendapatkan petrol bersubsidi

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penduduk tetap Singapura yang dikesan mengisi petrol bersubsidi RON95 pada awal bulan ini, didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Kulai kerana mempamerkan nombor pendaftaran bukan milik kereta yang dipandunya.

Lelaki berkenaan, Long Sa Kow, 64, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret R Salini.

Dia diperintah menjalani hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda tersebut, lapor Harian Metro.

Fakta kes menunjukkan Long didakwa memandu sebuah Volkswagen perak yang memaparkan nombor pendaftaran LJ 8967 di sebuah stesen petrol di Batu 21¼, Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, sekitar jam 10.30 malam pada 2 Jan lalu.

Siasatan kemudian mendedahkan bahawa nombor pendaftaran sebenar kenderaan itu ialah SLJ 8967 M, yang didaftarkan di Singapura.

Pemandu kereta itu didapati menutup huruf ‘S’ dan ‘M’ pada plat nombor Singapura asal SLJ 8967 M, menjadikannya kelihatan seperti kenderaan tempatan yang layak untuk mendapatkan petrol bersubsidi.

Kesalahan itu tertakluk di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli yang mewakili Long memohon hukuman denda yang minimum memandangkan lelaki itu seorang pesara dan tidak mempunyai pendapatan tetap dan merupakan kesalahan kali pertama.

Sharmaine berkata, Long juga menanggung seorang isteri yang juga suri rumah serta tiga anak yang mana dua daripadanya masih belajar dan sekolah.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran supaya orang lain tidak melakukan perbuatan yang sama.

“Mahkamah boleh meneliti niat OKS yang mengubah dan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak rakyat Malaysia dan kenderaan tempatan,” katanya.

Kes berkenaan mendapat perhatian selepas tular video berdurasi satu minit 30 saat menerusi media sosial, yang memaparkan tindakan pemilik kenderaan jenis Volkswagen Jetta berwarna perak, dengan nombor pendaftaran Singapura sedang mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di Kulai.

Ia mencetuskan kemarahan ramai apabila pemilik kenderaan terbabit menutup plat nombor pendaftarannya ketika mengisi minyak bersubsidi itu.

Kenderaan berdaftar asing dilarang sama sekali membeli petrol RON95 bersubsidi di Malaysia.

Polis yang menerima laporan mengenai kes itu telah berjaya mengesannya di Singapura dan mengarahkannya hadir ke IPD Kulai bagi membantu siasatan. – 14 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related